Thursday, February 18

Hari Kedua : Cuti-Cuti Melaka

Post sebelum ini : Sila baca Hari Pertama Cuti-Cuti Melaka

Assalammualaikum.

9.00 pg : Pusat Bandar Melaka

  • Kota AFamosa dan sekitarnya                                                                                          Masa ini fiena sesak jugalah nafas sebab selsema makanya jenuhla ku mendaki bukit turun bukit tapi fiena suka. ^_^ keluor peluh semua.
  • Menara Taming Sari                                                                                                        So ohsemm cantik pemandangan sekitar Melaka bila naik menara taming sari ini. Memang wajib datang sini. 
  • River Cruise                                                                                                                    Orang cakap kalo dah sampai Melaka kena naik river cruise ini. Hasilya korang akan dapat melihat senibina di Melaka dan melalui Kampung Morten. Sangat menarik terdapat lukisan di bangunan-bangunan tersebuat antaranya zaman hang tuah.
  • Muzium Samudera                                                                                                          Apa yang menarik? Disini cerita mengenai banyak mengenai sejarah pertubuhan melaka. Lepas korang turun kapal sila pergi muzium ke-2 sebelah je. Agak seram juga lah tapi korang akan disajikan dengan penemuan tembikar, pinggan dan lain-lain di tingkat atas.   
  • Medan Samudera                                                                                                            Disini fiena makan tengahari di tingkat paling atas. Tingkat bawah fiena beli cencaluk dan kerepek. Sila hati-hati ketika membeli nanti habislah duit anda. hihi ada banyak makanan disini yea pilihlah apa korang mahukan.    

1.00 tgh : Zoo Melaka
Ini pilihan suami fiena yang sudah lama tak datang zoo. So, kitorang sampailah disini dan sangat happy dan adegan yang kelakar. Zoo ini tidak sebesar zoo taiping  tapi penatlah juga. Hasilnya korang patut pergi wokey.


4.00 ptg : Balik Comel Beach Resort, berehat , solat dan tidur. Penat kut. Kumpul tenaga sebab malam nanti berjalan lagi.

8.30 mlm : Makan di Bustel, Pantai Klebang

Kesimpulannya : Kalo korang nak melawat tempat sekitar melaka sediakan duit lebih sebab kalau masuk muzium kena bayar. Setiap harga berbeza ok. ^_^

---
Jumlah duit dibelanja : 234.80
(sen-sen tue tak ingat. hihi)
  • Parking Kereta : RM6
  • Menara Taming Sari : RM30
  • River Cruise : RM21.20
  • Kapal Samudera : RM8
  • Zoo : RM35.60
  • Makan Tenghari : RM19
  • Makan Malam : RM15
  • Belanja lain-lain : RM50
  • Isi minyak : RM50

Wednesday, February 17

Hari Pertama : Cuti-Cuti Melaka

Assalammualaikum.

Pada 10-12.02.16 bercuti ke Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kelajuan 100-120km/j. Ohh ya post sebelum ini fiena ada buat jadual perjalanan di sana kan. Lihat Sini. Ada perubahan. Nak tahu apa? Bacalah lagi hihihi.

8.00 pg : Bergerak ke Melaka
Keluar dari simpang Tol Simpang Pulai. Ketika ini, Fiena banyak tido dalam kereta sebab badan tak sihat dan selsema.

8.45 pg : Makan Pagi di RnR Tapah

Masa untuk makan ubat. Sarapan Nasi Lemak Telur 2, Limau Suam dan Kopi o Suam.

11.00 pg : Masuk Tol Ayer Keroh, Melaka
Ini gara-gara ikut waze nak makan coconut shake klebang. Udoh la jauh nak mencari coconut shake. Fiena beli putu bamboo perisa durian sebelah kedai coconut shake. Ok rasenya.

12.00 tgh : Coconut Shake klebang 3 dik!
Ok ikut tekak fiena dan suami rasanya biasa je. Bila dengar kawan2 cakap sedap sangat teringin nak rasa. Apepon still ok dan demam sudah datang.

1.00 tgh : Muzium Kapal Selam
Disebabkan Muzium kapal selam dekat area klebang jadi kami terus pergi melawat ke sana. So nampak lah bustel dan pantai klebang yang terkenal di melaka tapi fiena idoklah singgah sebab nak pergi check in resort.


3.00 ptg : Check in Comel Beach Resort
So far, resort ini okey dan kemas. Semalam RM120/malam untuk bilik yang berhawa dingin. Dalam bilik ada 2 extra tilam bujang dan bantal.

3.30 ptg : Makan Tengahari
Makan Nasi Ayam, Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Pari, Limau Suam, Teh o ais dan Cucur Udang, total harga RM19. Makanan sedap. Kedai tepi jalan berdekatan simpang kuala linggi.

8.00 malam : Bersiar-siar di Pusat Bandar Melaka
Kami bersiar-siar dalam kereta ke Jonker Walk, Jalan sekitar A-Famosa dan Jalan sekitar Mahkota Prade.

10.00 malam : Makan Malam di sebelah Comel Beach Resort. Ohh nama kedai makan tidak ingat yang tahu kedai pertama.
Makan ikan siakap bakar, kailan ikan masin, nasi putih 2 pinggan, air limau suam dan air teh o ais, total harga RM 32. Ikan siakap kitorang ambil dalam 600g. Makanan okey lah.

---
Jumlah duit dibelanja : RM414.80
(sen-sen tue tak ingat. hihi)
  • Isi Minyak : RM50
  • Sarapan Pagi : RM10
  • Duit Tol : RM48
  • Coconut Shake : RM6.80
  • Putu Bamboo : RM3.00
  • Tiket Muzium Kapal Selam : RM6.00
  • Penginapan : RM240
  • Makan Tenghari : RM19
  • Makan Malam : RM32

Thursday, February 4

Merancang Perjalanan ke Melaka

Assalammualaikum,

Cuti tahun baru cina makin hampir..yeahhhhh! 4 hari tersebut sudah merancang ke balik kampung. Tolong mak meniaga dulu then, baru fiena pergi Melaka pada minggu bekerja. hihihi. So, kita merancang awal mahu jenjalan pergi mana. Okey babai ^_^

Percutian ke Melaka 3 hari 2 malam  
 
Hari Pertama
Masa  Perkara
7.00 am - Sarapan pagi
  - Bertolak ke Melaka
11.30 am - Makan tengahari
  - Check In resort
3.00 pm - Coconut Shake Klebang
  - Muzium Kapal Selam
  - Melaka River Pirate Park
  - River Cruise (9am-11.30pm)
  - Jonker Walk
  - Makan Malam
 
Hari Kedua
Masa  Perkara
8.00 am - Sarapan pagi
  - A'Famosa
  - Muzium Dll
  - Muzium Samudera
  - Medan Samudera
  - Menara Taming Sari (10am-10pm)
  - Makan Tengahari
  - Makan Malam
 
Hari Ketiga
Masa  Perkara
9.00 am - Check Out
  - Sarapan pagi
  - Bertolak ke Port Dickson
  - Bertolak ke Kuala Lumpur
 
Masuk Tol Pedas Linggi : RM38.40 sehala = RM76.80
Minyak Kereta = RM200
Baki Resort = RM120
Makan-makan = RM200
River Cruise : RM10 per seorang = RM20
Menara Taming Sari : RM15 per seorang =RM30

Monday, February 1

Syukur Alhamdulillah

Assalammualaikum..

Disember yang lalu doktor ophthalmology@ doktor pakar mata cakap mata fiena semakin sembuh urat yang bengkak itu semakin surut. Edisi Lepas : SATU  DUA

"yang tinggal hanya bekas luka yang urat yang bengkak sebelum ini."

Allahu Akbar.. boleh fokus kepada step yang lain. sebelum takut makan pelbagai ubat untuk proses usaha untuk hamil. Alhamdulillah dah start 2 3 bulan yang lepas, masih takut tapi sebab ada temujanji doktor kita tengok bagaimana effect pada mata dan tekanan dalam kepala. Jika tiada masalah fiena proceed makan supplement untuk hamil.

Ubatan/ rawatan usaha untuk hamil fiena tengah makan :
1) EPO brand havid
2) Asid Folic brand havid
3) Garlic Oil brand havid
4) Metformin
5) Madu
6) Habbasauda Listra
sumber : google image
7) Woman Desiree Essential Cream (WDEC)

sumber : google image
8) Shatavari brand himalaya (masih dalam carian. cari dkt farmasi tak jumpa.huhuhu)

sumber : google image
Tq kerana sudi membaca. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...