Friday, December 4

Makan Pil Hormon

Assalammualaikum,

Sebenarnya fiena tidak gemar cerita hal-hal yang begitu sesentap di hati. Tapi fiena tulis juga di blog untuk memori fiena. Ok Stop. hihihi

Kenapa fiena makan pil hormon? Fiena semenjak berkahwin period macam chipsmore kejap muncul kejap tak muncul selama 2 tahun lebih kahwin. Siapa yang tak nak anakkan, tapi fiena tak boleh makan ubat sebarangan itulah yang dikatakan oleh Dr. Pakar Neurologi kerana penyakit mata fiena masih dalam peringkat siasatan. Pada bulan puasa 2015, period fiena turun sikit-sikit sehingga 2 bulan. Ok ini buat fiena menahan rasa, sakit hati, pening macammana nak buat nie. Stressnya, rahim problem ke? aku sakit ke? semuanya bermain dalam kepala nie.

Satu hari fiena nekad jumpa pakar puan di klinik swasta di RS Specialist, Fair Park. Dia check buah dada, scan rahim dan vagina. Berdebar-debar jugalah masa tue, hanya tuhan yang tahu apa dalam hati ini.

Fiena tanya soalan saya ada masalah ke bila doktor check? rahim saya problem ke? Jawapannya semua ok cuma you punya hormon tak ok. Masa tue syukur alhamdulillah rahim ok. 

Ok you nak anak ke? doktor tanya. Mestilah saya nak doktor. 

Doktor, saya bagi you ubat hormon dan vitamin untuk kuatkan rahim you dulu, kita betulkan you punya hormon baru kita buat step untuk dapatkan anak. 

Bil : RM100

Dan akhirnya fiena makan pil hormon dan vitamin selama 15 hari tak pernah miss ok. Seminggu kemudian period pun muncul dengan jayanya. Ya Allah tak pernah rasa sakit sengugut akhirnya rasa dan darahnya banyak sangat. Mungkin disebabkan fiena pernah tak datang period pada masa agak lama sebelumnya. Biarlah orang cakap mahal bil pergi klinik swasta. Kalau berbaloi kenapa tidak kita cuba. Akhirnya period yang ditunggu-tunggu turun. Alhamdulillah syukur. 

Pada period hari kedua fiena jumpa doktor yang sama dan scan rahim.

Doktor, ok kita proceed bagi you pil hormon pada hari ke16 you makan sehingga habis. Kita betulkan period you selama 3 bulan dulu dan kita tengok step seterusnya. OK

Bil : RM 80

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Nota :
Baru-baru jumpa Dr Pakar Neuro, fiena tak cakap pon fiena makan pil hormon kalau tak confirm die cakap stop makan. Tapi die ada check mata fiena macam dah okey sikit. Maaf doktor saya dah nekad juga makan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...