Friday, November 6

Hari kedua Bandung

Tentatif
· Sarapan di hotel
· Kawah putih
· Makan tengahari
· Cibaduyut- shoes and jacket leather
· Toko Tiga
· Factory Outlet At Jalan Riau and dago
· Makan malam
· Nota : Kalo tak banyak tempat akan kami pergi tapi tolak sebab takut tidak sempat nak pergi ke
              tempat lain.

Assalammualaikum. 

Untuk maklumat korang kawah putih jauh berbanding tangkuban perahu. Disini tiket lebih murah tetapi..haaa ada tetapi tidak galakan korang pergi sini jika pergi 3 hari 2 malam ia memakan masa banyak dalam perjalanan. (T_T)

Naik van nie masa naik ke atas. harap bersabar menunggu giliran. kejap je.
Okey kita sambung story, sepanjang dalam perjalanan ke kawah putih memang seronok melihat pemandangan kampung dan penduduk di situ. Cuaca di sana waktu tu sejuk macam ala-ala cameron highlands. Sampai di sana kuat bau sulfur digalakkan bawa kepada yang jenis cepat pening kepala.
Disini terjadi kes tidak boleh tangkap gambar walaupon kamera korang sendiri so kalo korang nak juga kena tangkap gambar oleh jurugambar disitu (kena bayar hokey) kemudian, barulah korang boleh bergambar guna kamera sendiri. 
Akhirnya dapat jugak bergambor guna kamera sendiri
So, waktu terkena macam nie kitorg sepakat kongsi duit 7 orang beli 1 set (8 keping gambar). Kalo tak die suruh beli 1 set sorang, so korang kena bertegas sikit kalo tak terkena nanti.
Nak juga letak gambar.. hihi fiena dan suami. Cahaya memancor mancor. hihi

Ahli-ahli Mak Jemah.. hihihi
Masa perjalanan ke Cibaduyut semua tidur dalam kereta. Letih satu hal. Tempuh jem dan perjalanan agak lama mendatangkan sakit pinggang. Hihihi. Fiena tak beli apa-apa disini sebab handbag semua memang idok berkenan di hati walaupon satu. Bak kata orang design belah deme.

Toko Tiga memang murah seluar jeans memang suami fiena suka le. Tapi idoklah beli jeans levis kami beli jeans edwin dan tshirt.

Jalan dogo fiena dan suami beli porchbag kulit untuk pak sedara dia ade order. Untuk kitorang? tidak le beli kitorang tengok-tengok je . Kengkawan ada yang beli. Tapi disini fesyennya lebih kurang sama setiap kedai korang kena tengok harga sebab fiena ada berkenan dengan satu baju di kedai depan harga lain disini harga lain. So, pandai2lah korang ye berbaloi membeli atau tidak.

Nota : Untuk ketiga-tiga tempat yang last ini kami tidak ambil gambar sebab masing-masing letih fokus kepada apa yang dibeli.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...