Saturday, October 31

Penyu Terengganu

Assalammualaikum,

Kenapa dengan penyu terengganu. Inilah penyu yang peneman fiena dalam kereta. Usah cakaplah.. Kalo hidup orang cakap kesian die.. Fiena membuli die kaw-kaw dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk lagi-lagi waktu jem. Serius suami fiena tidaklah suka patung disebabkan bini die memujuknya.. dapatlah satu disimpan. Hihi lama-lama dia tak kesah dah. Sebab COMEL.
Bila lah lagi dapat pergi terengganu fiena mahu beli lagi satu yang besor sikit. Hihhihi..
Lupa nak cakap namanya Chibbie..

Wednesday, October 28

Hari Pertama Bandung

Salam,

Segala perancangan jadual yang asal telah diubah oleh Pak Supir. Memang sampai pagi tapi enggak sempat sampe ke Kawah Putih.

Tentatif :
· Tiba di airport Bandung
· Makan tengahari
· Check In Hotel
· Pasar Baru
· Rumah Sulam
· Makan Malam

Memang betul orang cakap ini Bandung ini syurga wanita.. hahaha. Opss jangan belanja lebih sebab fiena sudah buat jadual apa yang nak beli - anggaran harga. 


Dah hancur kertas perbelanjaan masa disana. Fiena buat macam nie supaya duit nie fiena beli yang fiena nak so dpt mengawal nafsu membeli nie.. hihihi. So, beli yang utama dulu, ade lebih kita enjoy shopping lg. Gunalah slogan "belanja secara berhemah"

Muka semua kusam sbb sampai awal pagi terus shopping..hihi
Belanja pada hari pertama di Pasar Baru dan Rumah Sulam. Sangat meriah dan letih. Penat ooo memilih kain nie.. (corak, meterial, warna). Ini semua bkn fiena punya adalah bagi hadiah untuk mak, mak mentua dan pak mentua.

Fiena memang fokus nak beli kain cotton. Kain Sulam beli sikit je.

Untuk makan malam kami dibawa ke Restoran Padang. Masa nie lauk kongsi-kongsi risau takut mahal. Memang lawak gile masa nie. Bila bayar masa makan untuk 7 orang tak sampai RM30. Terkejut masa nie. wow.. satu kepala dalam RM5. Ok lah kan. Alhamdulillah kenyang.

Lupa nak cakap fiena bermalam di Hotel Hyper INN
Gudnite.. ZZzzzZZzz

Check DISINI persediaan Bandung

Shuttle Bas KLIA 2

Hai,
Sebelum bergerak ke KLIA 2 enjin-enjin badan mula buat hal. Nok demam la, sakit perut la..hehehe ke excited nak pi jenjalan.. :)
-
IPOH - KLIA 2

Pemilihan kami naik bas yang tambangnye 42 hengget.. So tak tahu mana ok perkhidmatannya.. Geng fiena decide ambik shuttle bas. Dari Terminal Aman Jaya, Ipoh pukul 11.30mlm - smpai pukul 2.30 pagi. So far, alhamdulillah okey naik bas nie.
-
4 jam lagi sebelum naik flight. Kita lepak dalam surau. Merenggangkan otot mana ada..hihi. Ohh lupa nak beritahu fiena ada bawak bekalan dtg sini (menunya : Nasi putih,ikan goreng dan telur dadar). Bukannya apa suami fiena ada gastrik so untuk berjimat haruslah bawak bekal. Banyak duit nak pakai nie.

KLIA 2 - IPOH

Waktu turun je dari perut kapal terbang terus je laju jalan nak ambil tiket bas. Tapi jangan risau kita tunggu sekejap je untuk naik bas pulang ke Ipoh. Lepas naik ape lagi.. TIDO.

Gambar : Ambil dari STARWIRA page
Nota :
Entry yang sudah diperamkan. MAAP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...