Friday, December 4

Makan Pil Hormon

Assalammualaikum,

Sebenarnya fiena tidak gemar cerita hal-hal yang begitu sesentap di hati. Tapi fiena tulis juga di blog untuk memori fiena. Ok Stop. hihihi

Kenapa fiena makan pil hormon? Fiena semenjak berkahwin period macam chipsmore kejap muncul kejap tak muncul selama 2 tahun lebih kahwin. Siapa yang tak nak anakkan, tapi fiena tak boleh makan ubat sebarangan itulah yang dikatakan oleh Dr. Pakar Neurologi kerana penyakit mata fiena masih dalam peringkat siasatan. Pada bulan puasa 2015, period fiena turun sikit-sikit sehingga 2 bulan. Ok ini buat fiena menahan rasa, sakit hati, pening macammana nak buat nie. Stressnya, rahim problem ke? aku sakit ke? semuanya bermain dalam kepala nie.

Satu hari fiena nekad jumpa pakar puan di klinik swasta di RS Specialist, Fair Park. Dia check buah dada, scan rahim dan vagina. Berdebar-debar jugalah masa tue, hanya tuhan yang tahu apa dalam hati ini.

Fiena tanya soalan saya ada masalah ke bila doktor check? rahim saya problem ke? Jawapannya semua ok cuma you punya hormon tak ok. Masa tue syukur alhamdulillah rahim ok. 

Ok you nak anak ke? doktor tanya. Mestilah saya nak doktor. 

Doktor, saya bagi you ubat hormon dan vitamin untuk kuatkan rahim you dulu, kita betulkan you punya hormon baru kita buat step untuk dapatkan anak. 

Bil : RM100

Dan akhirnya fiena makan pil hormon dan vitamin selama 15 hari tak pernah miss ok. Seminggu kemudian period pun muncul dengan jayanya. Ya Allah tak pernah rasa sakit sengugut akhirnya rasa dan darahnya banyak sangat. Mungkin disebabkan fiena pernah tak datang period pada masa agak lama sebelumnya. Biarlah orang cakap mahal bil pergi klinik swasta. Kalau berbaloi kenapa tidak kita cuba. Akhirnya period yang ditunggu-tunggu turun. Alhamdulillah syukur. 

Pada period hari kedua fiena jumpa doktor yang sama dan scan rahim.

Doktor, ok kita proceed bagi you pil hormon pada hari ke16 you makan sehingga habis. Kita betulkan period you selama 3 bulan dulu dan kita tengok step seterusnya. OK

Bil : RM 80

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Nota :
Baru-baru jumpa Dr Pakar Neuro, fiena tak cakap pon fiena makan pil hormon kalau tak confirm die cakap stop makan. Tapi die ada check mata fiena macam dah okey sikit. Maaf doktor saya dah nekad juga makan. 

Hari Ketiga Bandung

Tentatif :
· Check out Hotel
· Pasar Baru
· Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
· Berlepas di airport Bandung

Assalammualaikum,

Hari last nie memang terkejor-kejor la kitorang sebab naik kapal terbang dalam pukul 11.00++ pagi kut. Tak bape ingat dah. Jadi awal pagi kitorg dah get ready checkout hotel dan terus ke Pasar Baru. Macam2 aksi kitorang nak habiskan duit yg mana ada. Ade group belah sana ade group belah sini. Fiena dan suami mencari baju kelawar bandung dalam 10 helai, lepas tue terus pegi beli t-shirt dan fridge magnet. Memang semput memasing. hihihi

Kemudian, bertolak ke Kartika Sari kitorang berlari dalam tue sebab nak cepat nyaris lah dah survey apa yang nak beli. Sekotak besor jga lah fiena beli dan bawak naik kapal terbang. Sila lah bawak kek anda naik ke dalam kapal terbang kalo letak sekali dgn beg korang tue.. alamatnya hancurlah kek korang tu. ^_^


Nota :
Kitorang kena tipu juga lah beli kain dkt Sir Chinta. Nyaris lah fiena beli sepasang je. Sebelum masuk kedai tue dia cakap hati2 membeli sebab ramai kena tipu jual kain xsampai 2 meter. Kitorang nie dah beli masa hari pertama tue banyak jugalah..berderau darah dengor..masa tue tawakal je lah. rupanya kain yg kitorang beli OK. Beli dkt Sir Chinta nie dorang pakai ela. So kena hati-hati.

Friday, November 6

Hari kedua Bandung

Tentatif
· Sarapan di hotel
· Kawah putih
· Makan tengahari
· Cibaduyut- shoes and jacket leather
· Toko Tiga
· Factory Outlet At Jalan Riau and dago
· Makan malam
· Nota : Kalo tak banyak tempat akan kami pergi tapi tolak sebab takut tidak sempat nak pergi ke
              tempat lain.

Assalammualaikum. 

Untuk maklumat korang kawah putih jauh berbanding tangkuban perahu. Disini tiket lebih murah tetapi..haaa ada tetapi tidak galakan korang pergi sini jika pergi 3 hari 2 malam ia memakan masa banyak dalam perjalanan. (T_T)

Naik van nie masa naik ke atas. harap bersabar menunggu giliran. kejap je.
Okey kita sambung story, sepanjang dalam perjalanan ke kawah putih memang seronok melihat pemandangan kampung dan penduduk di situ. Cuaca di sana waktu tu sejuk macam ala-ala cameron highlands. Sampai di sana kuat bau sulfur digalakkan bawa kepada yang jenis cepat pening kepala.
Disini terjadi kes tidak boleh tangkap gambar walaupon kamera korang sendiri so kalo korang nak juga kena tangkap gambar oleh jurugambar disitu (kena bayar hokey) kemudian, barulah korang boleh bergambar guna kamera sendiri. 
Akhirnya dapat jugak bergambor guna kamera sendiri
So, waktu terkena macam nie kitorg sepakat kongsi duit 7 orang beli 1 set (8 keping gambar). Kalo tak die suruh beli 1 set sorang, so korang kena bertegas sikit kalo tak terkena nanti.
Nak juga letak gambar.. hihi fiena dan suami. Cahaya memancor mancor. hihi

Ahli-ahli Mak Jemah.. hihihi
Masa perjalanan ke Cibaduyut semua tidur dalam kereta. Letih satu hal. Tempuh jem dan perjalanan agak lama mendatangkan sakit pinggang. Hihihi. Fiena tak beli apa-apa disini sebab handbag semua memang idok berkenan di hati walaupon satu. Bak kata orang design belah deme.

Toko Tiga memang murah seluar jeans memang suami fiena suka le. Tapi idoklah beli jeans levis kami beli jeans edwin dan tshirt.

Jalan dogo fiena dan suami beli porchbag kulit untuk pak sedara dia ade order. Untuk kitorang? tidak le beli kitorang tengok-tengok je . Kengkawan ada yang beli. Tapi disini fesyennya lebih kurang sama setiap kedai korang kena tengok harga sebab fiena ada berkenan dengan satu baju di kedai depan harga lain disini harga lain. So, pandai2lah korang ye berbaloi membeli atau tidak.

Nota : Untuk ketiga-tiga tempat yang last ini kami tidak ambil gambar sebab masing-masing letih fokus kepada apa yang dibeli.


Saturday, October 31

Penyu Terengganu

Assalammualaikum,

Kenapa dengan penyu terengganu. Inilah penyu yang peneman fiena dalam kereta. Usah cakaplah.. Kalo hidup orang cakap kesian die.. Fiena membuli die kaw-kaw dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk lagi-lagi waktu jem. Serius suami fiena tidaklah suka patung disebabkan bini die memujuknya.. dapatlah satu disimpan. Hihi lama-lama dia tak kesah dah. Sebab COMEL.
Bila lah lagi dapat pergi terengganu fiena mahu beli lagi satu yang besor sikit. Hihhihi..
Lupa nak cakap namanya Chibbie..

Wednesday, October 28

Hari Pertama Bandung

Salam,

Segala perancangan jadual yang asal telah diubah oleh Pak Supir. Memang sampai pagi tapi enggak sempat sampe ke Kawah Putih.

Tentatif :
· Tiba di airport Bandung
· Makan tengahari
· Check In Hotel
· Pasar Baru
· Rumah Sulam
· Makan Malam

Memang betul orang cakap ini Bandung ini syurga wanita.. hahaha. Opss jangan belanja lebih sebab fiena sudah buat jadual apa yang nak beli - anggaran harga. 


Dah hancur kertas perbelanjaan masa disana. Fiena buat macam nie supaya duit nie fiena beli yang fiena nak so dpt mengawal nafsu membeli nie.. hihihi. So, beli yang utama dulu, ade lebih kita enjoy shopping lg. Gunalah slogan "belanja secara berhemah"

Muka semua kusam sbb sampai awal pagi terus shopping..hihi
Belanja pada hari pertama di Pasar Baru dan Rumah Sulam. Sangat meriah dan letih. Penat ooo memilih kain nie.. (corak, meterial, warna). Ini semua bkn fiena punya adalah bagi hadiah untuk mak, mak mentua dan pak mentua.

Fiena memang fokus nak beli kain cotton. Kain Sulam beli sikit je.

Untuk makan malam kami dibawa ke Restoran Padang. Masa nie lauk kongsi-kongsi risau takut mahal. Memang lawak gile masa nie. Bila bayar masa makan untuk 7 orang tak sampai RM30. Terkejut masa nie. wow.. satu kepala dalam RM5. Ok lah kan. Alhamdulillah kenyang.

Lupa nak cakap fiena bermalam di Hotel Hyper INN
Gudnite.. ZZzzzZZzz

Check DISINI persediaan Bandung

Shuttle Bas KLIA 2

Hai,
Sebelum bergerak ke KLIA 2 enjin-enjin badan mula buat hal. Nok demam la, sakit perut la..hehehe ke excited nak pi jenjalan.. :)
-
IPOH - KLIA 2

Pemilihan kami naik bas yang tambangnye 42 hengget.. So tak tahu mana ok perkhidmatannya.. Geng fiena decide ambik shuttle bas. Dari Terminal Aman Jaya, Ipoh pukul 11.30mlm - smpai pukul 2.30 pagi. So far, alhamdulillah okey naik bas nie.
-
4 jam lagi sebelum naik flight. Kita lepak dalam surau. Merenggangkan otot mana ada..hihi. Ohh lupa nak beritahu fiena ada bawak bekalan dtg sini (menunya : Nasi putih,ikan goreng dan telur dadar). Bukannya apa suami fiena ada gastrik so untuk berjimat haruslah bawak bekal. Banyak duit nak pakai nie.

KLIA 2 - IPOH

Waktu turun je dari perut kapal terbang terus je laju jalan nak ambil tiket bas. Tapi jangan risau kita tunggu sekejap je untuk naik bas pulang ke Ipoh. Lepas naik ape lagi.. TIDO.

Gambar : Ambil dari STARWIRA page
Nota :
Entry yang sudah diperamkan. MAAP

Monday, April 6

Money Changer Ipoh,Perak

Salam, sudah lama tidak bersua kembali. Maaf. (T_T)

Selamat Tahun Baru 2015 Selamat Bulan 1, 2, 3 dan kita dah bulan ke-4.. hehehe
(nampak sangat dah 3 bulan lebih xupdate ape2)

Ok berbalik kepada mood fiena yang bakal bercuti ke Bandung pada 09.04.2015-11.04.2015 (3h 2mlm) Apa perlu ada? Apa perlu buat? Check SINI

Tidak banyak cerita di internet money changer di Ipoh. So ambik tindakan sendiri pergi survey di pekan lama ipoh pada 05.04.2015. 

Ipoh Best = IDR 1juta > RM 290

Dekat mana? Ipoh Best yang fiena tahu di Ipoh ada 3 tempat ;-
1) Kedai Belah Kanan Sebelum The Store
2) Angsana Mall
3) Masuk Simpang MCD. Belah Kanan

Bumi MC Sdn. Bhd = IDR 1juta > RM 295

Money Changer nie bertentangan Ipoh Best yang sebelum The Store

UAEX Change > IDR 1juta > RM 287.50

UAEX nie first masuk.. wow! kemas lepas tue banyak kaunter yang perkhidmatan berbeza-beza. Okey pg Kaunter 3. masa pergi nie duit IDR dah habis. So nnt fiena datang balik.

Lupa pula masuk simpang MCD (Pekan Lama ipoh berhampiran UTC) deret MCD yea. 

Nota : Digalakkan survey banyak tempat sebab rate berbeza setiap money changer. Ikut kome aje nak mana satu. =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok. Jangan lupa tentatif kome. Decide sendiri mau pergi mana. Lagi2 fiena sbb pergi 3h 2mlm so masa terhad untuk kejor yeop kejor semua aktiviti. 

Hari 1
· Tiba di airport Bandung
· Kawah putih
· Ciater Hot Spring
· Kebun Strawberry and tea park
· Lunch Check in Hotel
· Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
· Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
· Dinner & kembali ke Hotel

Hari 2
· Pasar Baru trade center
· Lunch
· Toko Tiga ( Branded Jeans )
· Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage, Cascades,The Summit, For Men, The  
  Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
· Dinner dan kembali ke Hotel

Hari 3
· Check out Hotel
· rumah kain sulam kat taman kopo
· cibaduyut-shoes and jacket leather original
· Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
· Airport transfer

Kome pernah ke Bandung? Ada Cadangan untuk fiena jgn la lupo kongsikan kat fiena ye dak... hihihi.. bye. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...