Thursday, July 24

Lagi...Kek Belang Raya Nanti

hai,

Disebabkan raya sudah dekat... antara juadah yang fiena akan buat adalah kek belang sebabbbb.. barang pon tidak renyah nak ku sediakan...hihihi...

Dibawah ini adalah gambar kek belang yang first try.. (rujuk sini)


resepi ini boleh bakar guna pemanggang ajaib.. sebab xde pemanggang fiena bakar guna oven... rujuk resepi nie kat tuan tanahnya Air Tangan Cik Siti

Resepi Kek Belang

Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum (boleh juga kurangkan 1/4 cawan..)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kaster (kalau rasa nak kurang manis lagi, boleh buat 3/4 cawan je)
1 cawan majerin
4 biji telur A (atau 1 cawan telur)
Sedikit esen vanilla
Pewarna - warna ikut citarasa



Cara2:
Ayak tepung dan baking powder. Saya selalu ayak 2 kali.
Pukul gula dan majerin sampai gebu atau majerin bertukar ke warna keputihan.
Masukkan telur dan pukul lagi sampai ringan dan gebu. Masukkan sekali esen vanilla.
Tuang tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan speed min.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan letak pewarna.
Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit (atau sehingga masak) dengan suhu 160C.


Selamat Mencuba! ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...