Thursday, June 20

Cara penggunaan CHARCOAL MASK

Daiso Charcoal Mask (masker arang) merupakan satu produk yang khusus untuk menanggalkan whitehead, blackhead, sel-sel kulit mati dan cela-cela di wajah. Ia keluarkan oleh Daiso iaitu sebuah syarikat dari Jepun namun produk ini sebenarnya dihasilkan di Korea. Ramai yang menggunakan masker ini mengakui ia memang betul-betul berkesan. Malah ketika kita menanggalkan masker ini dari muka, kita akan dapat melihat kotoran seperti whitehead,blackhead dan bulu-bulu halus tertanggal dan melekat pada masker tersebut. Selepas menggunakannya, muka akan terasa bersih dan tiada kesan-kesan sampingan. Namun begitu, adalah dinasihatkan penggunaan masker arang ini tidak melebihi dua kali seminggu.

Kandungan utama masker ini iaitu arang sebenarnya telah lama digunakan dalam bidang kesihatan kerana sifatnya yang dapat menyah-toksin bahan-bahan kimia di dalam tubuh. Wanita Jepun telah lama menggunakan arang dalam bentuk serbuk untuk tujuan kecantikan kulit. Ini kerana ia amat berkesan terutamanya untuk menanggalkan sel kulit mati dan juga cela di muka. 










Cara menggunakan Daiso Charcoal Mask :


Masker arang ini adalah dalam bentuk cecair. Cara penggunaannya ialah dengan menyapu secara rata ke muka dan tunggu ia kering dalam masa 15 hingga 20 minit. Elakkan masker dari kawasan sensitif seperti bibir, mata, kening dan juga rambut. Selepas kering, tanggalkan masker tersebut dengan cara menarik dari bawah dagu hingga ke atas. 


Namun, ada tips tambahan yang perlu di diikuti bagi menambahkan lagi keberkesanan masker arang ini. Caranya ialah sebelum memakai masker, wapkan muka dengan menggunakan wap air panas. Bagi yang tidak mempunyai steamer muka, cara yang mudah ialah dengan memasukkan air panas ke dalam besen atau baldi, kemudian dekatkan muka pada besen/baldi dan biarkan muka kita kena pada wap yang keluar dari air panas tersebut. Cover dengan kain atau tuala bagi memastikan wap panas tersebut tidak keluar dan tertumpu kepada kawasan muka kita sahaja. Satu lagi cara ialah dengan menyapu muka dengan tuala yang telah direndam dengan air panas/suam. Tujuan menggunakan wap panas ialah bagi membuka pori-pori dan liang pada kulit wajah. Ini akan memudahkan kotoran dan cela yang terdapat pada muka ditanggalkan menggunakan masker ini. Selepas menanggalkan masker, cuci muka sehingga bersih dengan air sejuk dan sapukan toner ke seluruh muka. Ia bagi menutup kembali pori-pori kulit yang telah diwapkan dengan wap panas tadi.

kalo mau order just pm fiena okeh...
0134414915

Beli 1 RM15 termasuk postage

Beli 2 RM 26 Termasuk Postage


2 comments:

Cik Fie said...

nice entry . done follow you . follow me back ya :)

www.cikfie.com

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow... review paling best ttg mask nih momoy jumpa =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...