Thursday, June 20

Cara penggunaan CHARCOAL MASK

Daiso Charcoal Mask (masker arang) merupakan satu produk yang khusus untuk menanggalkan whitehead, blackhead, sel-sel kulit mati dan cela-cela di wajah. Ia keluarkan oleh Daiso iaitu sebuah syarikat dari Jepun namun produk ini sebenarnya dihasilkan di Korea. Ramai yang menggunakan masker ini mengakui ia memang betul-betul berkesan. Malah ketika kita menanggalkan masker ini dari muka, kita akan dapat melihat kotoran seperti whitehead,blackhead dan bulu-bulu halus tertanggal dan melekat pada masker tersebut. Selepas menggunakannya, muka akan terasa bersih dan tiada kesan-kesan sampingan. Namun begitu, adalah dinasihatkan penggunaan masker arang ini tidak melebihi dua kali seminggu.

Kandungan utama masker ini iaitu arang sebenarnya telah lama digunakan dalam bidang kesihatan kerana sifatnya yang dapat menyah-toksin bahan-bahan kimia di dalam tubuh. Wanita Jepun telah lama menggunakan arang dalam bentuk serbuk untuk tujuan kecantikan kulit. Ini kerana ia amat berkesan terutamanya untuk menanggalkan sel kulit mati dan juga cela di muka. 










Cara menggunakan Daiso Charcoal Mask :


Masker arang ini adalah dalam bentuk cecair. Cara penggunaannya ialah dengan menyapu secara rata ke muka dan tunggu ia kering dalam masa 15 hingga 20 minit. Elakkan masker dari kawasan sensitif seperti bibir, mata, kening dan juga rambut. Selepas kering, tanggalkan masker tersebut dengan cara menarik dari bawah dagu hingga ke atas. 


Namun, ada tips tambahan yang perlu di diikuti bagi menambahkan lagi keberkesanan masker arang ini. Caranya ialah sebelum memakai masker, wapkan muka dengan menggunakan wap air panas. Bagi yang tidak mempunyai steamer muka, cara yang mudah ialah dengan memasukkan air panas ke dalam besen atau baldi, kemudian dekatkan muka pada besen/baldi dan biarkan muka kita kena pada wap yang keluar dari air panas tersebut. Cover dengan kain atau tuala bagi memastikan wap panas tersebut tidak keluar dan tertumpu kepada kawasan muka kita sahaja. Satu lagi cara ialah dengan menyapu muka dengan tuala yang telah direndam dengan air panas/suam. Tujuan menggunakan wap panas ialah bagi membuka pori-pori dan liang pada kulit wajah. Ini akan memudahkan kotoran dan cela yang terdapat pada muka ditanggalkan menggunakan masker ini. Selepas menanggalkan masker, cuci muka sehingga bersih dengan air sejuk dan sapukan toner ke seluruh muka. Ia bagi menutup kembali pori-pori kulit yang telah diwapkan dengan wap panas tadi.

kalo mau order just pm fiena okeh...
0134414915

Beli 1 RM15 termasuk postage

Beli 2 RM 26 Termasuk Postage


Monday, June 17

Penjual Mask Daiso

Salam,

Hai sekarang fiena jual mask daiso nie.. ramai dah jual now baru fiena nak jual.. yelah sblm jual mstilah cuba2 dulu kat mukakan... kang abis muka customer..

Nak dijadikan cerita my bro ckp acik asl muka ko dah gelap!!! - alamak... dah nak kahwein muka makin gelap dengan bintik hitam penuh kat muka... aduii ape nak dibuat... so mase pi kl fiena beli 2 botol ok... test kt muka... then mmmg fiena suka sgt.. bintik hitam dah tiada!! muka makin cerah... so mmg fiena xnyesal pakai siap promot kt adik beradik ngn mak... "sekarang dorg siap suhh beli lagi..."

Now mother in law dah try.. die cakap nanti beli lagi... best pakai... so fiena happy dgr komen dorg coz fiena yg rekemenkan... sape yang tak happy bila dorg happy ngn produk nie... =)

***Memang best sebab dia tarik fiena punya whitehead dengan blackhead..Dengan bulu2 kat muka ni dia tarik tau..Rasa bersih jer muka lepas tu..Sso tak yah facial kat kedai, dok picit sane picit sini... sakit kut...  =)


cara pakai :
1- basuh muka dgn air suam
2- then pakai mask ikut mcm gmbr comel tertera dibotol tue? pakai tebal2 sikit
3- bila kering tarik dari bawah ke atas
4- selepas tu pakai toner 
*makluman pakai 2x seminggu (tapi fiena pakai 3x seminggu..hihihi)


inilah rupanya... 1 botol boleh pakai sampai 10x
lelaki + perempuan boleh guna ok.

RM15 termasuk postage

kalo mau order just pm fiena okeh...
0134414915

gambar sebelum kahwein... tak edit ok..
bintik hitam/bintik putih sudah tiada
^_^

Tuesday, June 4

Tarikh Penting dan Bermakna Cik Fiena

01/12/2010 - Percintaan

alamak gambar kat dalam external.. esok le update gambar ye! ehehhee

28/10/2012 - Pertunangan


24 Mei 2013/ 14 Rejab 1434

Majlis Pernikahan Cik fiena dengan Hubby di Masjid Ulu Kenas 
Dengan sekali lafaz cik fiena telah sah menjadi Isteri Mohd Edzuan..alhamdulillah!
cik fiena tanya macammana boleh dapat 1 lafaz tue? die cakap masa nak akad tue die sungguh tenang dan tenteram je jiwanya.. 
"mesti korang pelik kenapa cik fiena tanya hubby? sbb cik fiena dah ckp kat hubby tak kesah lah berapa kali akad pon.. jgn gopoh... ckp dgn lancar ngn jelas.. jgn dikejarkan satu lafaz.. sbb byk lafaz pon xpe... dapat pahala... okeh ape.."

ape2 pon alhamdulillah... kami sama-sama sebak selesai pernikahan.. segala kami harungi sebelum bertunang selepas bertunang... akhirnya kami bersatu.. =)


25 Mei 2013/ 15 Rejab 1434

Majlis Persandingan di rumah cik fiena... memang sedih tapi redho ape yang berlaku... baju yang ku inginkan tak dapat.. dan ditukarkan pakai baju warna lain - cume terkilan my hubby teringin sanding pakai baju style KOT... alhamdulillah semuanya sudah selesai.. 
~ketika ini selesema sudah menyerang


26 Mei 2013/ 16 Rejab 1434

Majlis di sebelah lelaki.. sanding sekali dengan kakak my hubby... just simple =)
~Demam+batuk+ selesema ketika ini.. hihihi nyaris masa sanding dapat bertahan.. habis majlis memang tersadai dkt katil.. mau makan obat!


Alhamdulillah semua dah seatle! thanks yang beri tips kepada cik fiena bagi menjalani tugas seorang isteri yang bertanggungjawab.. insyaallah doakan cik fiena ye kekal ke akhir hayat anak cucu cicit... semua... hihihi... amin!

Update Soalan Temuduga SPA 8

Maaf lambat update ye kengkawan...hihi

Temuduga SPA 8 = Juruteknik P/Bandar, Soalan yang ditanya?

  1. Dimanakah terletak HQ JPBD
  2. Selain dari HQ JPBD di KL dimanakah cawangan yang lain?
  3. Selain kemahiran autocadd.. maps info.. ape yang kamu mahir...?
  4. Aktif Kokurikulum tak?
  5. Jika dihantar jauh dari tempat asal.. kamu pergi tak?
  6. Jika diberi tugas selain dari tugas asal kamu? adakah kamu sanggup melakukan tugas tersebut?
Itu je kot yang ingat... hihihi... keputusan temuduga pon dah dapat.. jawapannya : cik fiena tak dapat...

~tak dapat alhamdulillah klo dapat pon alhamdulillah.. sebab awai giler keputusan keluar.. baru hari ke 4 jadi seorang isteri... hihihi....~

"apeape pon TAHNIAH kepada kawan-kawan yang dapat kerja jawatan ini! cik fiena? masih pekerja kontrak di gomen PERAK" ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...