Friday, May 3

Batas-Batas Aurat Wanita

Salam..

Sebelum cik fiena melangkah ke alam rumah tangga... haruslah perlu perkukuhkan ilmu lagi... yelah mana tahu tertinggal ilimu2 yang patut...

harini mencari info2 batas2 aurat islam =)
copy paste dari kak chik

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nur ayat 31 maksudnya ialah:
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Menurut Baheis.islam.gov.my batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:

1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.

2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

FAHAM KONSEP

Pada pemahaman dan amalan kakchik, nak menjaga aurat kita ini bukanlah susah. Insyaallah bila kita benar-benar mahu menjaganya, ia akan menjadi mudah. Yang memberatkan kita ialah ALASAN. Misalnya, ahli keluarga tak biasa tengok kita menutup aurat dalam rumah, TAKUT dipandang pelik, TAKUT dikata orang, MALU sebab sebelum ni kita biasa gitu-gitu je sebab mereka kan ahli keluarga, REMEH nak buat kerja rumah terutama bila di dapur dan segala alasan lagi bergantung pada situasi masing-masing.

Menjaga batas aurat ni bila kita benar-benar memahami konsepnya insyaallah kita akan rasa ringan melakukannya. Tiada bebanan atau kerumitan dalam hati walau mungkin ada kerumitan luaran seperti cemuhan, kata-kata sindiran dan lain-lain. Biarkanlah... orang yang tidak faham selalunya nak 'cover line' akan mengata orang lain.

Baiklah, Mula-mula sekali mari kita tengok siapa yang boleh tengok aurat kita berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:

  1. Suami
  2. Ayah kandung
  3. Ayah mertua
  4. Anak-anak lelaki kandung
  5. Anak-anak lelaki tiri
  6. Abang atau adik lelaki
  7. Anak-anak saudara yang lelaki 
  8. Wanita-wanita Islam
  9. Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
  10. Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
  11. Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).
IPAR-DUAI

Kalau ada abang ipar atau adik ipar lelaki, kita WAJIB TUTUP AURAT.

SEPUPU-SEPAPAT

Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
  1. tutup aurat sebaik-baiknya 
  2. haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita. Cuma... pandai-pandailah kita menjaga diri. Dunia sekarang tidak seperti 10, 20 tahun dulu. Sekarang ini dunia nafsu.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...