Thursday, May 16

Temuduga SPA 17.05.13

Hai semua,

Panggilan dari jawatan juruteknik perancang bandar datang kembali pada waktu yang kurang seusai rasenya.. sebab tengah sibuk uruskan hal kahwein.. lagi 6 hari je nie... adehhh...

tetapi bila pikir2 balik.. haruslah ku pegi! dah tunggu hampir sekian lama dapat panggilan temuduga dari SPA.. tapi fiena dah letak syarat sebelum pegi kene siapkan barang doorgift dulu... setelah menempek2 reben sticker...& berkat kesabaran mata fiena nie... siap semalam...! alhamdulillah...mekasih ngn kawanku hajar menolong juga... die pun dapat interview yang sama ngn fiena... =)

ok. stop!

pada kali ini, rase malas nak prepare untuk interview tak taw lah kenapa... mungkin macam2 ade kat kepala nie... dah lah berdebar utk persiapan majlis.. sekarang semakin bertambah debaran... dgn interview...

persiapan kali ini biase2 je.. macam biasalah baca ape yang patut.. kalo tak dulu.. 2 3 hari duk ngadap nota.. kali nie macam buat keja last minit je... huhuhuhu....  harap2 semuanya dipermudahkan esok!

- Interview di jabatan pelajaran negeri perak.. nyaris dekat ngn opis je... =)

Monday, May 13

Button Badge bajet dah siap!

Salam,

Excited dalam beberapa minggu nie berbalas email untuk mendapatkan design yang memuaskan hati... akhirnya.. sudah dapat ditangan saya... =)


baru bayar hari jumaat.. hari nie dah sampai....
terkejut jugak.. sebab abang yang buat tue cakap hampir siap je...
tak sangka memang dah siap

cik fiena bagi contoh design yang fiena nak.. then die tolong designkan...
okeh tak?

pada fiena berbaloi lah sebab harga button badge murah. sekeping rm 1.30
so fiena order 55 pcs +postage
total RM77
so memang mengikut anggaran cik fiena nak.. 
cari banyak pcs b.badge dibawah rm 100..
alhamdulillah siap!

sape nak order leh pm kat abang nie.. confirm puas hati...
jbsbcreative@gmail.com

dah boleh cut 1 benda.. yeay!
^_^

nota kaki : fiena dah survey rate button badge dalam rm 2.50-rm 3.00 perpcs.. so carilah yang berbaloi.. ikut citarasa korang ok =)

Friday, May 3

Adab-Adab Isteri Terhadap Suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Batas-Batas Aurat Wanita

Salam..

Sebelum cik fiena melangkah ke alam rumah tangga... haruslah perlu perkukuhkan ilmu lagi... yelah mana tahu tertinggal ilimu2 yang patut...

harini mencari info2 batas2 aurat islam =)
copy paste dari kak chik

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nur ayat 31 maksudnya ialah:
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Menurut Baheis.islam.gov.my batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:

1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.

2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

FAHAM KONSEP

Pada pemahaman dan amalan kakchik, nak menjaga aurat kita ini bukanlah susah. Insyaallah bila kita benar-benar mahu menjaganya, ia akan menjadi mudah. Yang memberatkan kita ialah ALASAN. Misalnya, ahli keluarga tak biasa tengok kita menutup aurat dalam rumah, TAKUT dipandang pelik, TAKUT dikata orang, MALU sebab sebelum ni kita biasa gitu-gitu je sebab mereka kan ahli keluarga, REMEH nak buat kerja rumah terutama bila di dapur dan segala alasan lagi bergantung pada situasi masing-masing.

Menjaga batas aurat ni bila kita benar-benar memahami konsepnya insyaallah kita akan rasa ringan melakukannya. Tiada bebanan atau kerumitan dalam hati walau mungkin ada kerumitan luaran seperti cemuhan, kata-kata sindiran dan lain-lain. Biarkanlah... orang yang tidak faham selalunya nak 'cover line' akan mengata orang lain.

Baiklah, Mula-mula sekali mari kita tengok siapa yang boleh tengok aurat kita berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:

  1. Suami
  2. Ayah kandung
  3. Ayah mertua
  4. Anak-anak lelaki kandung
  5. Anak-anak lelaki tiri
  6. Abang atau adik lelaki
  7. Anak-anak saudara yang lelaki 
  8. Wanita-wanita Islam
  9. Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
  10. Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
  11. Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).
IPAR-DUAI

Kalau ada abang ipar atau adik ipar lelaki, kita WAJIB TUTUP AURAT.

SEPUPU-SEPAPAT

Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
  1. tutup aurat sebaik-baiknya 
  2. haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita. Cuma... pandai-pandailah kita menjaga diri. Dunia sekarang tidak seperti 10, 20 tahun dulu. Sekarang ini dunia nafsu.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...