Thursday, November 3

Format Surat Berenti Saya...! Done!


Alamat Sendiri ;
_______________
_______________
_______________

(cik fiena kosongkan alamat/tarikh..sila abaikan...tulis alamat/tarikh sendiri ye..)

Tarikh ;
_______________

Alamat Opis ;
_______________
_______________
_______________

Tuan,

Perkara: Notis Perletakan Jawatan

Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai pemberitahuan notis perletakan jawatan saya sebagai ___________ di syarikat tuan.     

(sila tulis jawatan anda sendiri..sila abaikan..)

2. Ini adalah kerana saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah. Saya telah pun menerima tawaran tersebut dan akan mendaftar di POLIMAS pada bulan Disember ini.    

 (ini sebab cik fiena mahu berenti sambung belajar..sila abaikan...)

3. Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh tuan selama ini. Saya juga ingin memohon maaf atas apa pun kekilafan yang telah saya lakukan sepanjang saya bekerja di bawah tuan .    

(perhargaan kepada  majikan.. cik fiena nak padat, ringkas dan mudah difahami.. okeh x?)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………
Nama Sendiri ;
_______________


Noted : First time tulis surat berenti.. uhuhuhu... tak taw nk cakap ape... nasib baik kawan sekerja cik fiena tolong sekali... Cik fiena nak simple dan tak padat... So okehlah sikit... dari yang lain2 yang cik fiena dapat...
Kalo nak copy ambik jelahhh... cik fiena izinkan... ehehe... ^^^

Sumber : macam2


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...