Wednesday, September 14

Soalan Pressure yang tak masuk exam..!



Bagi aku, orang Melayu la yang suka tanya benda-benda camni. Orang kita kan penyibuk peramah. Soalan favourite diorang adalah soalan-soalan yang akan memberi pressure semangat kepada kita untuk menjawabnya. Memang kalau tak tanya soalan-soalan ni, tak sah la kiranya. Kena nikah balik semula. Eh, tak pasal. Antara soalan-soalannya... Jeng jeng jeng.

1. ~Bila nak UPSR ni? (wajib tanya masa budak darjah 6).
~Bila result?
~Berapa result? (Kalau boleh nampak je terus tanya).

2. ~Bila PMR?
~Bila result?
~Berapa result?

3. ~Bila SPM?
~Bila result?
~Berapa result? (Mula bandingkan dengan result orang lain)

4. ~Bila masuk U? Tak dapat lagi? Ish ish ish. Result tak bagus sangat kot.. (Memandai je buat andaian begitu. Bila orang dah masuk U, senyap pulak ye)

5. ~Dah dapat kerja? Belum lagi? Ish ish ish, orang lain dah dapat dah..

6. ~Bila nak kahwin? Orang lain dah kahwin dah?

7. ~Lepas dah kahwin, tanya pulak? Bila nak dapat anak?

8. ~Tengah mengandung, tanya pulak. Bila nak beranak? (Soalan ni okay lagi la)

Haha, aku tak tau lah orang lain macam mana. Tetapi, aku ada pernah dapat sesetengah soalan macam tu tetapi yang pasal kerja, kahwin semua tu belum lagi lah. Sikit-sikit, bila nak tu? bila nak ni? Bagi aku soalan tu macam agak merimaskan. Kalau nak tanya jugak, jangan risau, aku akan jawab dengan ikhlas. Tak nak tanya sekali, bila nak mandi? Bila nak tidur? Aku jawab je...


sumber : Ini Cerita Sofea

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...