Monday, August 1

Kelebihan Solat Terawih



Malam 1_ Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

Malam 2_ Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

Malam 3_  Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

Malam 4_ Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam 5_ Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

Malam 6_ Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya

Malam 7_ Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

Malam 8_ Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

Malam 9_ Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam 10_ Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

Malam 11_ Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

Malam 12_ Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

Malam 13_ Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

Malam 14_ Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam 15_ Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

Malam 16_ Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

Malam 17_ Di beri pahala seperti pahala para Nabi

Malam 18_ Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

Malam 19_ Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam 20_ Di beri pahala para syuhada dan salihen

Malam 21_ Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam 22_ Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

Malam 23_ Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

Malam 24_ Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

Malam 25_ Di hapuskan dari seksaan kubur.

Malam 26_ Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

Malam 27_ Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam 28_ Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

Malam 29_ Diberi pahala seribu haji yang mabrur

Malam 30_ Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.



3 comments:

Bluewendy said...

alhamdulillah..selamat berterawih..:)

Freaky said...

selamat berterawih dan selamat beramal :)

CikMiMiey said...

SELAMAT BERTERAWIH SEMOGA KITA SEMUA DAPAT GANJARAN DARINYA , INSYAALLAH :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...