Thursday, June 2

Soalan Temuduga bertarikh 1 JUNE 2011

Ahli Temuduga : 5 orang
Penemuduga : 2 orang

Ketuk pintu.. Ting Tong.. Ting Tong.. heheheh.. main2 je...
Assalammualaikum...!

Penemuduga : Silakan duduk di tempat yang disediakan..
  • duduk straight je...
  • beg letak kat bawah..aku ikut macam akak sebelah...
  • tangan di peha
  • senyum!
First, Pembukaan Soalan

*Okeh perkenalkan diri anda :-
(waktu nie memang aku gagap gler.. yelah punyalah senang, perkenalkan diri anda je... lagi2 aku orang petama soh perkenalkan diri dah lah first time t/dge nieh..memang rase nak!!?? haish ntahlah nak cakap ape..)
  • Nama
  • Asal
  • Adik-beradik
  • Status (bujang/kahwin/duda/janda)
  • Ibu Bapa
  • Adik beradik
  • Hobi
  • Aktiviti di sekolah
*Tahukah kamu dimana tempat bekerja, jabatan mana, temuduga jawatan apa..?
(kacang kulit this storylah.. hahahah... kerja di sekolah, bahagian makmal sains dan jawatan Pembantu Makmal Gred C17.)

Second, Soalan genting.. (tum bedetum! kilat sambung menyambung dalam hati aku nieh..)

Soalan yang ditanya pada aku...

  1. Tugas-tugas pembantu makmal
  2. Apa yang awak buat selepas bangun tido
  3. Bilakah tarikh kemerdekaan Malaysia
heheheheh... so korang rase mcmne...? alhamdulillah aku dapat jawab kesemua soalan diberi.. walaupun banyak yang aku baca itu saje yang ditanya..(contoh korang tengok bahan yang aku cari... http://finnshahairi.blogspot.com/search/label/Temuduga%20P%2FM)

Soalan-soalan yang ditanya kepada kawan2 sesi temuduga...antaranya :
  1. Perlu tak akuarium ikan di dalam makmal
  2. beri 5 peralatan makmal
  3. siapakah Menteri Malaysia 1 (nama penuh)
  4. sama ngn no.3 tapi no.6
  5. sama ngn no.3 tapi no.4
  6. maksud sains dan teknologi
  7. beri tarikh Pembetukan Malaysia
  8. dll sewaktu dengannya..
Itu sahaja yang ditanya.. keluar dari bilik temuduga.. semua lega dan ketawa bersama2... tadi tak kenal... dah hbis temuduga baru nak kenal2.. (dapat kawan baru!! hehehe)
  • siap tukar2 no tel.
  • apalagi add lah kat FB.. =)
Hurmmm.. kawan2 t/dge, cakap kat aku "bestlah ang dapat soalan senang-senang"
aku pon jawab "alhamdulillah, rezeki aku"

The End... Usaha sudah, sekarang berdoa dan tawakal je... dapat ke tak jawatan PM tue..!
"Mekasih mama n family, kawan-kawan dan tak lupa jugak My Bf mendoakan aku untuk berjaya dalam temuduga PM nie.." mmuahhh!! (^_^)

3 comments:

jue liana said...

untungla die tye solan gitu je kan xsusah mne pon...harap2 dapatla jwatan tue utk fiena:)

Fiena Shahairi said...

insyaallah...jue doa2kan lah fiena ye..hehhehe... =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear , just nak bagi pendapat. bila time interviewer bagi soalan 'sila perkenalkan diri anda'

sebenarnya dia tak nak tahu pun adik-beradik, sepupu sepapat ke apa.

tapi cuba dear terangkan begini. ayat proper la ye. contoh la.depend BI atau BM time interview.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya (nama) berasal dari (nama tempat). Saya seorang (bgth nama kerja jika pernah bekerja. Kalau baru grad btgh dia student jurusan apa. ikut kesesuaian la ye) dengan pengalaman selama 4 tahun dalam (bidang apa). Saya mahir dalam (specific kan skills- buat ayat 2 hingga 3 ayat untuk skill tu). saya pernah ditugaskan dalam (bidang/ projek) sebagai (position) yang memerlukan saya (sebut tugas secara ringkas).

ini yang sebenarnya interviwer tu nak tahu. 'jual' diri dear ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...