Friday, June 10

Saya Baru Tahu!!? "Telur Tiruan!"

Telur tiruan....korang mesti tahu yg menjadi isu hangat nieh... So aku xpasti sgt mcmne Telur Tiruan nieh! macam2 orang ckap telur tiruan macm tue, macm nieh... So jom kaji same2 okeh macamna rope Telur Tiruan nieh... Okies!
*
*
Banyak terdapat kes-kes keracunan makanan direpot di tanah besar negara China. Pada tahun 2001 terdapat 185 kes keracunan makanan melibatkan 15,715 penduduk dan menyebabkan 146 kematian. Jumlah kes bertambah dua kali ganda pada 2002. Pada 2003 jumlah kes yang dilaporkan adalah 10 kali ganda dari tahun 2001 dan jumlah yang terlibat mencecah 29,660 termasuk 262 kematian. September 2008 hampir 53,000 kanak-kanak di negara china sakit akibat pencemaran susu dan 4 kematian.

Di China terdapat sekolah khas yang mengajar teknologi menciplak atau mencipta semula sesuatu, termasuk telur juga telah dibuat sendiri dengan menggunakan bahan kimia, sama apabila digoreng dan dikatakan paling popular sekarang.


BAGAIMANA MENGENALI TELUR TIRUAN?:

  1. Pegang telur dan rasa kelicinan kulit telur. Permukaan kulit telur tiruan agak kasar.
  2. Apabila kita pecahkan telur tiruan ini dan masukan dalam bekas, putih telur dan kuning akan bercantum disebabkan tindak balas udara ke atas bahan kimia telur tiruan.
  3. Kulit luar telur tiruan ini lebih berkilat dari telur ayam yang asli. Sukar untuk dibezakan ini sekiranya kualiti telur tirun baik.
  4. Apabila telur tiruan digoncang, telur tiruan akan menghasil bunyi kocakan dalam telur seperti telur busuk.
  5. Bila kita menghidu bau telur biasa ia seakan berbau daging ayam yang mentah tetapi telur tiruan tidak akan hasilkan sebarang bau.
  6. Bila menjentik kulit telur asli dengan kuku jari, ia kan bunyi seperti rangup. Kulit Telur Tiruan yang diperbuat dari wax tidak punyai bunyi ini.
  7. Bila goreng mata lembu (kerbau) kuning telur mudah pecah dan putih telur pula mengeluar bunyi meletop dan menghasilkan lompangan udara yang banyak.
cara telur ayam tiruan dibuat :
Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.
Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
Lapisan luar telur kuning terbentuk
Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.

Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar...

yea siap sudah telur tiruan...sape2 yg nk cube blh cube yer...eheee =)) jimat...x pyh beli kan....haa tu la sape suh telor harge mahal sgt..skarang pasaran telor da x tinggi agaknyer coz sume org da takot nk amek telor kan...

so ntuk p'edar2 telor turunkan la harge anda & wat satu tag yg btul2 tunjukkan telur keluaran anda asli...=)
  • beze telor tiruan dgn telor yg asli....
  • telor tiruan tidak mempunyai bau....
  • telor tiruan lebih besar dari telor asli bila digoreng
  • telor tiruan ade buih2.......rase telor tiruan yg lebih sedap...
  • kulit telor tiruan lebih mudah rapuh berbanding dgn telor asli...
  • so korang hati2 taw tyme nk goreng telor tu...
  • bukak jap blog cik sha tgk ciri2 telor tiruan...hehehe =))



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...