Wednesday, June 22

Reborn Baby a.k.a Bayi Tiruan


Salam kawan-kawan yang disayangi,

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang. 

Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England , Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.


Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.

 

Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun.
Hasty menamakan anak patungnya “Abby” dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” katanya.
Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. “Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi,” kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun.



Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.
Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.

Asian Reborn Baby

Serba sedikit info pasal anak patung bayi ni:-

1. Dinamakan ‘Reborn Babies’
2. Kelembutan plastik hampir sama dengan kulit bayi
3. Jari-jemari dilengkapi kuku
4. Memiliki rambut tipis seperti bayi
5. Boleh mengeluarkan air liur

Ini adalah salah satu blog yang fiena jumpa yang menjual bayi tiruan.(jom terjah : http://reborn-babydolls.com/)


2 comments:

Apih El Nino said...

Ish macam-macam la sekarang. Bahaya betul.

Fiena Shahairi said...

taw xpe... kene berhati-hatilah skunk.. banyak benda berlaku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...