Friday, June 10

Kolam Hanjing..

Haishh xpaham aku... macamnalah pihak PBT boleh meluluskan pembinaan Kolam Anjing nieh... Hurmm dah lah terletak kawasan yang menjadi tumpuan warga awam..

Lagi bermasalah dekat kita berbangsa Melayu yang beragama Islam... xpaham lah aku.. malas nak membebel-bebel panjang2... Jom Terjah..!


Sumber : http://www.hmetro.com.my

DI SITU...Harban menunjukkan kolam renang anjing bersebelahan kawasan riadah di Beverly Height, Ampang.

AMPANG: “Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.


“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.

Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.

“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...