Friday, June 17

Kenangan Bersama Ayah!


Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia...

Seronoknya ada ayah untuk bersembang, bermain bermanja dan macam2 lagilah..
Tapi fiena dah tak ada semua tue.. semua dah jadi Kenangan Terindah bersama Arwah Abah..
Sedih jugak... tapi fiena redha.. Ada hikmah di sebalik kejadian..

Fiena sudah bertambah ank sedare.. hurmm... klo dulu Arwah Abah paling melayan akak-akak fiena yang pregnant... huhuhu.. die juga yang memberi nama gelaran dekat cucu2nya... kelakar tol klo ingat masa dulu2.. Tak sampai setahun pemergian Arwah.. terasa sangat kehilangannya..

Fiena masih teringat Air Mata Abah gugur ketika dia sakit.. Betapa sakitnya dia melawan penyakit yang sudah merebak dalam badan dia... Fiena berlari pergi bilik air menangis semahu-mahunya...bersama kakak..
Tapi apakan daya penyakit dia tidak boleh diubatinya.. (itulah kali pertama Fiena nampak Abah menangis..)


Jadi :
HARGAILAH AYAH DAN IBU KITA....SAYANGILAH MEREKA...KASIHILAH MEREKA...KASIH SAYANG KITA TIDAK SAMA NILAINYA DENGAN KASIH SAYANG MEREKA.....


"Wahai Tuhan kami, peliharalah ibu bapa kami seperti mereka memelihara kami sejak kecil, dan janganlah Kau ampunkan dosa-dosa kami sebelum Kau ampunkan dosa ibu bapa kami.."

Amin..

~Abah! Achik rindu dengan gelak tawa Abah... dan juga rindu nak memanggil panggilan Abah.. hurmmm.. Al-Fatihah!

2 comments:

ghab van hal said...

sorry for your lost. al fatihah untuk arwah ayah kamu..sila la ke blog saya. tengok entry hari bapa saya..

Fiena Shahairi said...

xpe2,,, mekasih,,, insyaallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...