Wednesday, June 29

Awas! Penyamun alam siber!!


KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

sumber :: google
Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki. Selanjutnya... Disini

Nota Kaki : Soo.. Hati-hatilah kengkawan okies! Sebab kawan fiena nyaris-nyaris jadi mangsa tetapi bukan guna laman siber tapi guna telefon yang mengatakan mereka dari pihak bank. "Nyaris cepat bertindak!"

Sumber : Harian Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...