Friday, June 10

6,925 tindikan!!?


Tadi baca paper Harian Metro aku tertarik dengan seorang mak cik nieh yang menindik muka die.. Aku terbayang-bayang macamnalah muka die yang asal.. muka bersegi ke? bulat ke? cantik ke?
Hurmm semata-mata memecahkan rekod Rekod Dunia Guiness die sanggup menahan kesakitan dan membawa anting2 yang ditindik seberat 3Kg.. haiyaa~~

*
Jom Terjah!
*

LONDON: Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.

Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.


Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Baca selanjutnya : (sumber http://www.hmetro.com.my)

*
*
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias. Antaranya ialah, perhiasan yang dikenakan oleh mana Muslim mestilah tidak digambarkan seolah-olah ianya meniru atau menyerupai orang kafir atau golongan fasiq.
Dalil bagi syarat ini ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).
*
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama 2009, hal. 51, dengan menyatakan bahawa : “Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.

4 comments:

syrupmasin said...

err..ta sakit ke dy..

syaimz said...

demm...pelik

Fiena Shahairi said...

sm : sakit gak die ckp.. baca ler selanjut kat paper hari nie... huhuhuhu

Fiena Shahairi said...

syaimz : pelik tapi benor...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...