Friday, May 20

Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Wawasan 2020

Goverment Tranformation programe diperkenalkan oleh PM pd April 2009

2 objektif GTP :
  1. untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; 
  2. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai 
Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral
dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Objektif

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat 
    yang serupa dan dikongsi bersama.

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju 
    dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang 
   dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. 

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, 
      mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi 
      Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
      kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, 
      yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan 
     dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai 
     kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan 
     agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan 
     kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya 
      perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja 
      menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada 
      tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu 
       sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama 
       daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar 
       kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem 
       kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu 
        masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara 
        secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya 
        bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat 
        sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum 
        berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran 
        ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi 
      bersaing, dinamik, giat dan kental.

Perspektif

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia

(ii) Negara Perindustrian

iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial

(iv) Moral dan Etika

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...