Friday, May 20

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak 
    mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?
    Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 
    6 NKRA berkenaan?
 
I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti
   dan berkemampuan, menterinya ialah
   Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri
   Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah,
     Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah,
      Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana
      Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula
      menterinya ialah
      Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita,
      Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah
     Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah
      Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap
   matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan
  dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat
  diukur.

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi
   menilai pencapaian KPI yang ditentukan.

• Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga
   tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap
   dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian
   masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri
   setiap enam bulan.

• bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri.
  Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan
  dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.

4. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan
   elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota
   pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada
  dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana
  dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan
   rakyat ini dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat
   memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap
  NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara
  khusus agar dapat diukur.

5. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

     i) Jenayah jalanan

     ii) Keselamatan awam

     iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

3)NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
                                     Berkemampuan

4)NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang
                                        Berpendapatan Rendah

5) NKRA yang kelima - Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan
                                      Pedalaman

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam
                                        jangka masa sederhana

6.Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Sub-NKRA Prasekolah

Tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang
berkualiti dan berkemampuan:

1) Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan
    Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran
    Malaysia (KPM)

2) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

3) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

4) Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

5) Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar
    Bandar dan pedalaman

6) Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan
    Prasekolah.

7) Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai
kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan
numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Mewujudkan SBT yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecermelangan pelajar ke peringkat tertinggi.

Sub-NKRA Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah.

Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar
(PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang
melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...