Saturday, May 28

Apa pasai tanya Soalan Bodoh-bodoh nie.. Hangin Je!!


Berkenaan temuduga kerja kerajaan, especially SPA, ramai yang tak tahu bagaimana calon-calon dinilai dalam temuduga.
Soalan-soalan yang ditanya dalam temuduga, biasanyaadalah berlainan dari sektor swasta. Maka tak hairanlah soalan ada berbunyi macam ni:
# Awak dah makan belum?
# Dah kahwin ke belum?
# Awak sayang suami awak?
# Bola Malaysia lawan Indonesia siapa gol?
# Anda ni tak layak hadir temuduga!
# Awak bangun pagi jam berapa?
# Awak ni CGPA rendah saja, layak ke awak?
# Awak ni ada diploma, tak boleh minta jawatan yang perlu kelayakan SPM ni. Awak dah rampas hak orang lain….
# Makan apa pagi tadi?
# Apa buku yang awak suka baca?
# Kenapa awak suka senyum?
Macam-macam lagi la soalan yang kita rasa tiada kaitan dengan temuduga….
Soalan yang kita rasakan tak berkaitan ditanya. Dalam hati kita “Pehal la panel temuduga ni tanya soalan pelik ni? Tak logik ditanya.”
Sampai kata “Apa ke hal nya soalan camni?”
Itulah ramai tak tahu….
Sebenarnya, setiap soalan itu ada tujuannya ditanya.Ianya bertujuan untuk menguji:
# Gambaran pontensi calon..
# Uji emosi kita..mampukah kita control emosi..
# Uji integriti kita..
# Akhlak, sahsiah, keyakinan diri, dll
Itulah tujuan sebenarnya. Calon tak sedar berkenaan hal ini. Bukan calon yang berkelayakan saja dinilai, tapi dalaman juga dinilai. Adakah kita calon yang sesuai dipilih?
Jadi..
Tips dari saya:
# Cool semasa temuduga – anggap semua soalan yang ditanya  adalah penting..
# Kawal emosi apabila diprovokasi oleh panel penemuduga. Anggap ianya sekadar menguji kita saja.
# Jawab soalan yang ditanya dengan bersungguh-sungguh  dan bersopan walaupun soalan yang ditanya SEMPOI..
# Sentiasa menjaga air muka (memek muka) apabila disoal  dan menjawab soalan..Ini dapat dinilai!
# Sentiasa think positif…
Itu saja perkongsian tak seberapa dari saya.
Satu ayat motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi, Dato Dr Azman Ching:
” AKU INSAN LUAR BIASA HEBAT! AKU PASTI AKAN BERJAYA”
Boleh gunakan dalam memotivasikan diri untuk mendapat kerjaya yang diidam-idamkan.:-)
Akhir sekali, SELAMAT MENCUBA!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...