Saturday, May 28

Apa pasai tanya Soalan Bodoh-bodoh nie.. Hangin Je!!


Berkenaan temuduga kerja kerajaan, especially SPA, ramai yang tak tahu bagaimana calon-calon dinilai dalam temuduga.
Soalan-soalan yang ditanya dalam temuduga, biasanyaadalah berlainan dari sektor swasta. Maka tak hairanlah soalan ada berbunyi macam ni:
# Awak dah makan belum?
# Dah kahwin ke belum?
# Awak sayang suami awak?
# Bola Malaysia lawan Indonesia siapa gol?
# Anda ni tak layak hadir temuduga!
# Awak bangun pagi jam berapa?
# Awak ni CGPA rendah saja, layak ke awak?
# Awak ni ada diploma, tak boleh minta jawatan yang perlu kelayakan SPM ni. Awak dah rampas hak orang lain….
# Makan apa pagi tadi?
# Apa buku yang awak suka baca?
# Kenapa awak suka senyum?
Macam-macam lagi la soalan yang kita rasa tiada kaitan dengan temuduga….
Soalan yang kita rasakan tak berkaitan ditanya. Dalam hati kita “Pehal la panel temuduga ni tanya soalan pelik ni? Tak logik ditanya.”
Sampai kata “Apa ke hal nya soalan camni?”
Itulah ramai tak tahu….
Sebenarnya, setiap soalan itu ada tujuannya ditanya.Ianya bertujuan untuk menguji:
# Gambaran pontensi calon..
# Uji emosi kita..mampukah kita control emosi..
# Uji integriti kita..
# Akhlak, sahsiah, keyakinan diri, dll
Itulah tujuan sebenarnya. Calon tak sedar berkenaan hal ini. Bukan calon yang berkelayakan saja dinilai, tapi dalaman juga dinilai. Adakah kita calon yang sesuai dipilih?
Jadi..
Tips dari saya:
# Cool semasa temuduga – anggap semua soalan yang ditanya  adalah penting..
# Kawal emosi apabila diprovokasi oleh panel penemuduga. Anggap ianya sekadar menguji kita saja.
# Jawab soalan yang ditanya dengan bersungguh-sungguh  dan bersopan walaupun soalan yang ditanya SEMPOI..
# Sentiasa menjaga air muka (memek muka) apabila disoal  dan menjawab soalan..Ini dapat dinilai!
# Sentiasa think positif…
Itu saja perkongsian tak seberapa dari saya.
Satu ayat motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi, Dato Dr Azman Ching:
” AKU INSAN LUAR BIASA HEBAT! AKU PASTI AKAN BERJAYA”
Boleh gunakan dalam memotivasikan diri untuk mendapat kerjaya yang diidam-idamkan.:-)
Akhir sekali, SELAMAT MENCUBA!

Menghadapi Temuduga

Salam kawan-kawan,

Hari ini Fiena update Tips Menghdapai Temuduga,,, disebabkan Fiena akan menghadapi temuduga lagi beberapa hari je,, so sama2lah dengan Fiena membaca Tips ini untuk menambah pengetahuan yang ada.. Semoga Tips ini dapat membantu kawan-kawan.. Okeh!
~Kepada kawan2 yang akan menghadapi temuduga... Gud Luck!! (^_^)

sumber gambar : google image

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
  8. Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  • Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  • Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  • Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  • Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  • Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  • Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  • Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

sumber: Fairuz Mokti blog

Friday, May 27

Fraser Hill

Tarikh : 19 - 20hb Februari 2011 (2hari 1malam)
Penginapan : (xhengatle..sbb xprnah ambik tahu..hehehe)
Ahli Bercuti : 2 buah family + gurl bujang + boy bujang (malas nak kire lah)
Pakej : Xtahu.. bos tanggung...ngeh2..
Tempat melawati : menara jam fraser hill (semestinya!), berkuda, memanah, air terjun, dll

Sepanjang bercuti "family day" opis nieh aktiviti kitaorang buat adalah bebas.. so tak terikat ngn jadual so mmg enjoy..! korang tengok gambor je lah... (sape nak tengok.. tengok okeh!)

Inilah rupe Villa yang kami menginap... hehehe
Bermain Bola Tampaq... (lepaskan gian lama xmain..heheheh)
Bersama : Abg yen (1 group ngn aku)
Paan (1 group ngn kawan bos)
Inilah Aku... (xcomel p0n...)
Ayoh bergambar... (ank2 dara yang xmandi..hahaha..)
~sejuk..
Gelanggang Berkuda
(posing sakan noh!)
Berlagak tak aku.. Peace!!
menunggang kuda.. jgn jeles! hahaha
Jangan pandang sebelah mata..
aku pon reti gak memanah..
hehehe... :p
Air Terjun.. cantik pemandangan kat sini..
Inilah Keluarga Besar yang bercuti di sini
p/s : Mmg release tension lah bercuti kat sni.. tapi ingat kene semak jadual pintu masuk ke Fraser Hill nnti jadi mcm kitorg tersgkut selama sejam sebelum nak naik Fraser Hill... (^_^)

Thursday, May 26

Siem Reap, Kemboja

Tarikh : 30/7 - 2/8/10 (tahun lepas larh)
Penginapan : Royal Bay Inn Angkor Resort
Ahli bercuti : 6 orang je
Pakej : xtaw sbb semua bos yang tanggung.. (malas lah nak kodek2 penyata bercuti tue)
Tempat melawati : Tempat bersejarah, Muzium, Tasik Tonle Sap dan banyak lagi lah...
Kesimpulan : Best sangat pegi sana.. tapi aku bersyukur duduk di Malaysia...!! banyak kekurangan kehidupan disana... so berbanggalah duduk di Malaysia!!!

Okeh now, aku kongsi beberapa gambor je lah.. nak cerita dah xingat dah... hehehhe..

Royal Bay Inn Angkor Resort
Angkok Night Market (shopping!)
Dalam Angkor Night Market
Tasik Tonle Sap
Kawasan Kampung Cham ( sape yg selalu ambik info semasa
ini lah Perkampungan Islam yang miskin.)
Angkor Wat
Tengok akar pokok tue tumboh atas batu bata
 "ciptaan Allah s.w.t"
Dari kiri : En.Syed, Aku (Fiena), Piqa, Abg Yen (Baju Kuning),
En Suhaimi (My Big Bos), Abg Wan
Bersantai kat "The Blue Pumpkin"
Best sangat..
Ini hanya 3/10 gambar je aku letak sebenarnya banyak lagi tempat kitaowg lawat...  (^_^)

P/s : sorry gambar xberapa nak cantik malas nak edit2..

Petua Moden & Tradisional Ayu Raudhah



LEBIH empat bulan bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pelakon Ayu Raudhah masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Setakat ini, Ayu belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun begitu, pasangan itu berserah kepada rezeki Tuhan dan menerima bila-bila masa sahaja untuk dikurniakan anak.

Sesibuk mana dengan rumah tangga yang baru dibina itu, ia tidak menjadi halangan untuk wanita ini meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Namun, Ayu perlu lebih selektif memilih watak yang sesuai.

Selepas berkahwin, wajah Ayu jarang dilihat muncul di media cetak mahupun elektronik. Jika ada yang perasan, telefilem terbaru lakonan Ayu berjudul Pabila Syaitan Berbisik baru disiarkan di TV1 pada 22 April lalu.

Ayu yang selama ini cukup dikenali dengan watak gadis lemah-lembut dalam lakonannya bertukar kepada sisi jahat apabila membawa watak gadis kampung yang lupa daratan dan sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

Bagi mengubat rindu peminat Ayu, OopStarz! minggu ini mahu berkongsi tentang rahsia kejelitaannya.

Dalam menjaga penampilan, dia paling gemar menyerlahkan kecantikan mata. Boleh dikatakan Ayu memiliki mata yang mampu menjadi aset berharga pada dirinya dan mudah mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang.

“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak. Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan Manjalara ini.

Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.

“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak maskara pada mata,” ujarnya lagi.

Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap muka.

“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani penggambaran.

“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah.

“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.

Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.

Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan ‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.

Guna daun bunga raya

Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan rambut.

“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.

Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.

Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.

Copyright@Mstar

Tragedi Pagi

Kenapa aku ckp mcm tue.. Sebab Tragedilah..
Haiyaa dah badan nie sakit2 lagi jatuh motor..
Pagi td dah buat hal lah pulak..
Hish lobang tandas ngn bilik ayor sumbat pulak...

Bengang toi lah...
Dah penuh ngn putung rokok dan najis2 siape p0n aku xtaw...
Nie kes org atas.. Atas lagi... Atas2 lagi... (yelah aku dok tingkat 1..Flat yang aku duduk nie 5 tingkat)

Adoyai jam dah kol 8.30 pagi, dah lambat nie...

Kawan aku 2 org masuk keje lambat pagi nieh  (sayang korang memahami aku nieh!)
Sorg lagi keje midnight.. (xbalik lagi pagi tue..)
Aku confirm2 kene pegi awal gak... (aku tumpang abg kt opis) apa lagi... Berkemban aku mandi kat belakang umah.. (siapa yang dok/pernah umah flat nieh.. Paham2lah)
Huhuhu..bengang je... Tapi sabar2...!

Kes Tuan Rumah pulok kome woii...
Kawan aku yang lambat pegi koje cari lah Tukang paip... Alamak xcukup duit.. Nak tong2 aku dah kt opis,, yang kat rumah xdo sgt..(biaselah dah ujung2 bulan.. Gaji kami lambat lagi..Swasta!)
Call Tuan Rumah...Die soh bayar separuh2 baiki paip tue... Bengang je...

Woii Tuan Rumah (kurang ajor lah pulak.. hish!) waktu masuk rumah tue..
  • Lampu ktorg baiki
  • Paip ktorg baiki
  • Nieh Plug ko xbaiki lagi..
  • Gril pintu
  • Pintu bilik air
  • Banyak lagi ko xbaiki....
Dugaan di waktu pagi....
Sakit hati den ni hah,, dah lah pose harini..

Wednesday, May 25

Terima Kasih Ya Allah s.w.t..

Yup aku berterima kasih kepada yang masa Esa kerana menyelamatkan aku..
Malam tadi aku jatuh motor... tergolek2 atas jalan raya malam tadi... huhuhu..

Perjalanan ku yg jauh...

Kota Damansara - Klang - Damansara

Penunggang : KawanKu "B"
Pembonceng : Aku "Achik"
Masa Kejadian : 10.02 PM
Tempat Kejadian : Berdekatan Tol Sprint - Kg Kayu Ara


Program : Antor Kad Kahwin si kawan B kat Member Sek die & Buat Cermin Mata Aku ngn Die (buy1 free 1.. Hehhe)

Gara-gara lopak jalan yang dalam penuh ayaq hujan membuat aku terbang mcm superman jatuh tergolek2 mcm Heroin Hindustan..
Haiyaaa... yang peliknya aku xtaw mcmna leh jatuh..

  1. mungkin aku dok sedap layannn Sundae Strawbery free
  2. xpengang baju kawan aku tuh
  3. ke aku happy sgt kwn aku belanje crmin mata free
  4. yang penting aku nampak kawan aku nk elak langgar lopak tueh!!
  5. macam leh jatuh!! itu yg menjadi tanda tnya!!!
Kawan aku tu terselamat lah... ayat die "baru nak jerit nama 'Achik supaya pengang 'B sbb motor dah goyang2... baru nak pandang belakang... tengok achik dah kat bawah!"

haiyyaa... habis baju kurung aku tue,,, (p.we aku beli tue) Koyak kat pinggul aku tue... xleh nak baiki dah... 
kain selamat lah.. bju je.. =( hurmm

Lepas jatuh tue... aku dok tepi jalan sekejap... yelah trauma sekejap..
yelah waktu jatuh tue aku cpt2 bangun sbb nampak Teksi ke arah aku..
nyaris teksi tue Slow,, klo x.. redha je tentuan Ilahi..
rupa-rupa nya tayar teksi tue pancit lepas langgar lopak yang membuat kan aku jatuh...tue..

*
*
Hurmmm calar2 sikit je badan aku nieh... tapak tangan belah kanan calar2 sikit (sedih oo... cmne nak makan ngn bt keje!!?? ckp2!!?).. kaki p0n calar skit.. hurmm..
*
*
yang penting lepas tue aku Hitung tayar kereta yang pancit waktu aku berehat kat tepi jalan...
banyak jugak lah 3-6 biji kereta..
*
*
nak buat aduan pasal lopak tue supaya xde org tergolek2 lagi mcm aku..
tapi...
xtahu kat mane...
*
*
Terima Kasih Ya Allah s.w.t kerana memberi aku peluang lagi untuk hidup diatas dunia ciptaanMu ini..!! amin~~



Tuesday, May 24

You Might Also Like :

Berdasarkan title yang aku tulis diatas "macam kita nak dapatkan widget tersebut.."
korang tengok gambar yang aku bulatkan...(itulah yang nak aku ajar hari ini)

Senang je buat benda nie... jenuh jugak lah aku cari...
mcmne nak dapatkan.. hehehe.. 
*
*
*
*
*

So korang isi je maklumat2 diminta.. Senangkan!
pastu click Get Widget!
*
*
Next, korang ikut je arahan install macamana...okeh!
Done! saya telah mencubanya...
Kamo mcmna??!
(^_^)
see my face.. Sangat Suka!





Monday, May 23

Kenapa Blog Lambat Buka...?!

Tadi mencari-cari terjumpa cara nak tahu "Kenapa Blog Lambat Buka"??!
So mestilah kita nak tahu apa pasai blog kita lambat loading...

Jom bersama-sama saya mencari puncanya.. (ahahah... mcm wartawan Melodi pulak..)

*
Bila kita membuka blog (semasa proses loading) ia akan mengambil data dalaman dan data luaran.Data dalaman adalah seperti yang dimasukkan pada template dan data luaran adalah fail fail seperti imej ,javascript yang dihostkan pada lokasi lain.Untuk data luaran ini akan menyebabkan blog jadi lambat dan kadang kala gagal dibuka sama sekali.
Bagaimana kita nak mempastikan bahagian mana yang lambat jika banyak data luaran yang diambil ?.
Pada masa mula membuka blog anda perhatikan pada status bar sepeti dibawah ini.




Secara logiknya bahagian mana yang lama untuk loading bermakna bahagian tersebut berat dan perlu hapuskan jika ingin loading yang laju.
Untuk melihat lebih terperinci bahagian mana yang lambat boleh gunakan tool yang terdapat pada tools.pingdom.com


Saya sudah test!! korang bile lagi??! hehehe~~
*
*
 dari graf yang terdapat seperti pada imej diatas kita boleh melihat bahagian mana yang lambat.


Friday, May 20

Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Wawasan 2020

Goverment Tranformation programe diperkenalkan oleh PM pd April 2009

2 objektif GTP :
  1. untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; 
  2. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai 
Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral
dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Objektif

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat 
    yang serupa dan dikongsi bersama.

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju 
    dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang 
   dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. 

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, 
      mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi 
      Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
      kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, 
      yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan 
     dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai 
     kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan 
     agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan 
     kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya 
      perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja 
      menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada 
      tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu 
       sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama 
       daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar 
       kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem 
       kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu 
        masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara 
        secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya 
        bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat 
        sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum 
        berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran 
        ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi 
      bersaing, dinamik, giat dan kental.

Perspektif

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia

(ii) Negara Perindustrian

iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial

(iv) Moral dan Etika

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak 
    mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?
    Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 
    6 NKRA berkenaan?
 
I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti
   dan berkemampuan, menterinya ialah
   Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri
   Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah,
     Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah,
      Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana
      Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula
      menterinya ialah
      Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita,
      Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah
     Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah
      Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap
   matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan
  dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat
  diukur.

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi
   menilai pencapaian KPI yang ditentukan.

• Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga
   tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap
   dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian
   masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri
   setiap enam bulan.

• bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri.
  Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan
  dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.

4. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan
   elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota
   pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada
  dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana
  dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan
   rakyat ini dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat
   memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap
  NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara
  khusus agar dapat diukur.

5. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

     i) Jenayah jalanan

     ii) Keselamatan awam

     iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

3)NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
                                     Berkemampuan

4)NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang
                                        Berpendapatan Rendah

5) NKRA yang kelima - Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan
                                      Pedalaman

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam
                                        jangka masa sederhana

6.Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Sub-NKRA Prasekolah

Tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang
berkualiti dan berkemampuan:

1) Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan
    Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran
    Malaysia (KPM)

2) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

3) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

4) Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

5) Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar
    Bandar dan pedalaman

6) Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan
    Prasekolah.

7) Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai
kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan
numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Mewujudkan SBT yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecermelangan pelajar ke peringkat tertinggi.

Sub-NKRA Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah.

Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar
(PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang
melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

MSC (Multimedia Super Corridor)

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)) ialah salah satu projek mega Kerajaan Malaysia menelan belanja berbilion ringgit sebagai asas kukuh titik tolak ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malaysia beiltizam untuk menjadi negara maju menjelang 2020, oleh itu MSC dilihat sebagai pemangkin kepada kewujudan Malaysia sebagai negara yang mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdikari menerusi maklumat dan pengetahuan.
MSC yang mula dibina sejak lima tahun lepas, di lokasi seluas 15 km x 50 km di selatan Kuala Lumpur dengan strategi bahawa MSC akan menggabungkan segala elemen yang unik dan membina sebuah suasana multimedia yang baik. Sasaran MSC ialah cuba menarik syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia dengan mengimplementasikan MSC sebagai pusat untuk pengujian teknologi mereka. MSC telah membentangkan tujuh aplikasi perdana iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan, Kluster R&D, Kad Pintar, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Teleperubatan. Justeru itu, Multimedia Development Corporation (MDC) perlu peka dengan perkembangan ICT sejagat agar MSC tidak menjadi projek gajah putih kerana bidang teknologi maklumat ialah bidang yang sentiasa cepat berubah.
Tujuan kajian kami ialah untuk menilai keberkesanan MSC secara umum dan memfokuskan penyelidikan kepada tujuh aplikasi perdana sahaja. Sesetengah aplikasi perdana seperti sekolah bestari, kerajaan elektronik dan teleperubatan boleh dibina atas pelantar infrastruktur yang sedia ada atau yang boleh dipertingkatkan. Dengan teknologi yang sedia ada dan peningkatan infrastruktur, kemudahan dan aplikasi dapat dibina dengan baik tanpa mengganggu keadaan fizikal tempat di mana hendak dibina seperti bangunan pejabat. Pembangunan sesuatu aplikasi perlulah selaras dengan peningkatan infrastruktur keadaan fizikal dan faktor kemanusiaan. Kluster R & D, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Pemasaran Tanpa Sempadan adalah aplikasi yang menampakkan hasil yang positif, contohnya kewujudan e-dagang, e-niaga dan yang seistilah dengannya. Isu kos memainkan peranan dalam konteks pembangunan aplikasi. Contohnya, penggunaan teknologi kad pintar. Maka, alternatif lain perlu dijana untuk memperluaskan penggunaannya agar boleh dimiliki oleh setiap individu dan tidak membebankan. 
Skop kajian kami melihat kepada nilai dan perspektif MSC melalui teras tujuh aplikasi perdana dari sudut politik, ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal. Di sini kami akan menganalisis dan mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam ketujuh-tujuh aplikasi perdana.     
Setelah MSC dilihat sebagai satu pelantar untuk Malaysia menjadi sebuah pemain utama alam dunia IT janganlah dipersia-siakan peluang ini dengan tidak melakukan yang terbaik. Keluarkan produk bertaraf dunia dengan teknologi dan idea sendiri iaitu buatan Malaysia. Malah dengan berjayanya MSC, Malaysia boleh dan akan diiktiraf sebagai negara maju sebelum 2020. Iltizam untuk menjadi peneraju teknologi maklumat memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi ditanam di hati sanubari penggerak IT.
 *
*
*
berdasarkan maklumat yang aku cari t/duga aku ade kaitan ngn MSC
*
*
sbb nya MSC berkait rapat dengan Pendidikan


Tugas - Tugas Pembantu Makmal C 17

Disini aku cerita sikit keje yang bakal aku temuduga nanti.. hehhehehe.. jd korg rase senang x tugas aku nieh.. =)

Adoyaii banyak jugak kojenye... yg penting mcmne nak layan budak2 sekolah menengah.. haish..! bkn reti jaga Makmal nieh.. ske ngodek2 je... ! huh! (teringat lak era kegemilangan sekolah dulu.. hahahha...)

Tugas sbgai seorang PM!


1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal
· menyediakan jadual kerja yang akan   dilaksanakan.
· menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti  pengurusan makmal@ amali di makmal
· memastikan sebarang tugas yang dijalankan  mengikut prosedur yang mengutamakan  keselamatan dan kebersihan.
· menyediakan peraturan pengunaan makmal
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
· menklasifikasikan bahan-bhan di makmal
· menerima dan menyimpan bahan/ sampel  mengikut kesesuaian
· memastikan aspek kebersihan,keselamatan dan  susun atur bahan
3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan 
· menguji dah mengesahkan peralatan berfungsi  dengan sempurna
· memastikan aspek keselamtan,kebersihan, dan  susun atur peralatan selaras
· membersih dan menyelenggara peralatan sains
· membaiki kerosakan kecil peralatan
4. Membantu dalam Urusan Praktikal/Eksperimen
· berada dalam makmal semasa amali  berlangsung bagi membantu guru apabila  diperlukan
· mengawasi pelajar ketika menjalankan  ekperimen 
· memastikan peralatan yg digunakan  mencukupi dan berkeadaan baik seblum dan  selepas digunakan
· memastikan sisa bahan eksperimen dan  lebihan disimpan atau dilupuskan mengikut  prosedur yg ditetapkan
5. Mengurus Pentadbiran Makmal
· membantu pihak pengurusan menguruskan  prolehan bahan atau peralatan untuk makmal
· menguruskan peralatan serta pengendalian stor  mgikut prosedur
· menguruskan pelupusan sisa bahan dengan  selamat dan terkawal
· membantu pihak pentadbir mguruskan  pelupusan bahan
· menerima dan mengumpul aduan kerosakan  bahan atau peralatan untuk dilaporkan kpada  pihak pentadbir


Dalam gambar nie depa dok bt keje baik2..hahahha (memain je)
*
*
so nmpak cantik je makmal nieh... psai ape ??
*
*
*

sbb ade  PM+Cikgu+student=bekerjasama



_____Yeke??!!_____


Thursday, May 19

Menghitung Hari

Persediaan untuk Temuduga

  1. Susun Sijil - done!
  2. Resume - progress!
  3. Gambar passport - done!
  4. Surat sokongan - progress!
  5. Mohon cuti - progress! (next week)
  6. Cari maklumat - progress!

  •         Tugas-tugas PM - done!
  •         Menteri-menteri berkaitan - done!
  •         Maklumat berkaitan (NKRA,MSC, dll) - done!
  •         Pengetahuan Am/Isu semasa - progress!
          

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...